The Chronicles of Narnia (siri filem)


The Chronicles of Narnia adalah siri epik fantasi dari Walden Media berdasarkan novelThe Chronicles of Narniayang ditulis oleh C. S. Lewis pada pertengahan tahun 1950-an. Filem yang pertama iaituThe Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobedikeluarkan pada tarikh 9 Disember 2005 dan yang kedua iaituThe Chronicles of Narnia: Prince Caspiandikeluarkan tarikh 16 Mei 2008. Filem yang pertama dan kedua diarahkan oleh Andrew Adamson, diterbitkan oleh Mark Johnson dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures . Sedangkan untuk filem ketiga iaituThe Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treaderakan diarahkan oleh Michael Apted dan diedarkan oleh 20th Century Fox. Menurut rencana filem ini akan dikeluarkan di pawagam pada tarikh 10 Disember 2010 di United Kingdom dan Amerika Syarikat dan dalam bentuk Digital 3D di beberapa pawagam.